RUANG PERTANYAAN


ShoutMix chat widget

Saturday 10 April 2010

NASIHAT SAYA.....

* Sebelum kawan-kawan ingin membeli barangan dari UK, lihat dulu laman web yang disediakan. Baca kelebihan dan kekurangan barang dengan lihat pada comment pembeli yang lama (sekiranya ada)

* Check dahulu barangan yang dibeli samada dari segi harga barang, harga pos dan sebagainya.

* Beli lah barangan yang sukar diperolehi di Malaysia, yang unik, atau yang lebih murah dibeli disini. Juga barangan seperti cenderahati dan sebagainya. Saya di Scotland, jadi kawan-kawan juga boleh dapatkan fridge magnet dan key chain atau cenderahati lain.

* Sila lihat term and condition disebelah ye =)

* Saya lebih cadangkan kawan-kawan untuk beli barangan baru, bukan second hand, ini kerana saya bimbang jika barang tersebut tidak memenuhi citarasa kawan-kawan. Walaubagaimanapun, jika kawan-kawan peminat buku, saya amat suggestkan kawan-kawan beli buku disini.. dan semestinya buku English language la.. hehe..

* Saya mungkin agak malas bab2 mengupdate blog ni..jadi ape sahaje persoalan boleh dinyatakan di ruang pertanyaan.. sekiranya perlu, barulah saya update blog ini..


SELAMAT MEMBELI.... =)

GELANG GEMS

Dan ini adalah barang special kat sini..gelang dari batu gems.. macam2 warna ada.. kat carboot memang banyak, tapi saya akan dpaatkan yang original dari loch ness.. sesiapa yang nak memborong, bleh la contact dnegan saya.. saya tak pasti masih ade lagi dijual or tak.. masa saya pegi loch ness tahun lepas, masih banyak lagi.. kalo ade sapa2 nak order, saya boleh belikan.. ni batu asal, original.. bukan pelsu ye.. harganya boleh dapat serendah RM10 satu.. so kawan2 bleh jual dnegan harga RM15..

selain gelang, rantai dan cincin dari gems pun ada.. terpulang pada minat masing2..

Untuk mengetahui jenis2 batu yang lain, bleh rujuk gambar dibawah.





Friday 9 April 2010

MEMBELI DI CARBOOT / CHARITY SHOP

Entry ni khas buat yang ingin mendapatkan barangan yang lebih murah, namun masih baik conditionnya.. kebanyakan barangan dari car boot/charity shop ini adalah barangan second hand, namun jika bernasib baik, kita juga akan dapat barang baru disini dengan harga yang murah.

Disini saya senaraikan barangan yang boleh didapati di sini..

1. PELBAGAI JENIS BUKU = Buku adalah barangan yang paling banyak boleh didapati di carboot/CS.. harga sangat la murah.. antara buku yang saya beli disini adalah seperti dibawah. Hampir satu almari, tapi saya snap mana yang saya sedang baca sekarang sahaja.. sebagai rujukan ye..




Buku-buku yang berunsurkan motivasi



Buku-buku masakan - sangat banyak ye kawan2.. dalam simpanan saya, hampir semua negara ada buku masakan... ini untuk saya bawa pulang ke malaysia, buat library masakan gitu..hehe



Buku-buku mengenai perkembangan kanak2 juga ensiklopedia yang pelbagai.. besar kecik ade belaka..



Novel penyiasatan



Novel2 yang pelbagai



buku-buku berunsurkan kesihatan



nak diet ke..hehe



percaya tak, saya beli buku ni dnegan harga 50pence jek.. bersamaan RM2.50.. saya tak baca pun, just nak hadiahkan kepada kawan saya sebab dia nak beli buku ni dulu kat mesia, tapi mahal.. bila saya jupe disini dengan harga 50pence, trus saya beli..hehe




pelbagai koleksi beg tangan



barang2 tembaga pun banyak sangat.. Dah berhabuk..hehe..



barang2 untuk mengait pun ada.. silap hari bulan mesin jahit second hand pun bleh dapat..hehe..

Barang-barang lain yang biase ada di carboot..

- baju kanak2, org dewasa
- kot, jacket, sweater, baju kait
- baju baby- snagat2 banyak
- pinggan mangkuk
- hiasan kaca dan seramik
- setem2 lama
- lampu meja
- kasut, boot
-

SELAMAT MEMBELI YA...

Assalamualaykum wrhmt dan salam sejahtera kepada semua pembaca.


Hikmah tak nak cite panjang-panjang, just nak nyatakan kembali, tujuan blogspot ni dibina untuk memudahkan maklumat disampaikan kepada pembeli..

Hikmah berbesar hati untuk membantu kawan-kawab yang ingin membeli barangan dari United Kingdom. Hikmah sediakan beberapa link kat bawah ni, dimana kawan-kawan boleh membeli belah secara online.

*** PEMBELIAN MELALUI ONLINE ***

Antara sebab kenapa hikmah sediakan link ni adalah;

1. Supaya kawan-kawan sendiri dapat memilih dan melihat sendiri gambar barangan yang disukai disamping mengetahui sendiri maklumat yang disediakan oleh website tersebut.

2. Harga yang dinyatakan oleh website sebagai guideline kepada kawan-kawan untuk membeli. Pastikan juga harga tersebut perlu ditambah dengan harga delivery, sebab kita menggunakan perkhidmatan online.

Link tersebut adalah seperti dibawah:

http://www.argos.co.uk

http://www.amazon.co.uk

http://www.shukr.co.uk


Ini adalah antara link yang biase saya gunakan untuk membeli secara online. Banyak lagi link lain yang boleh kawan-kawan search di internet berdasarkan barangan apa yang kawan-kawan inginkan.